Rabu, 12 Januari 2011

Kebudayaan Timor Leste


Republik Demokratik Timor Leste atau juga dikenali sebagai Timor Timur ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Tenggara, dan bersempadan dengan Kepulauan Timor (Indonesia) di barat. Timor Leste merangkumi pulau Atauro, Jaco, Oecussi-Ambeno dan sebahagian Pulau Timor.
Timor Leste diserap ke dalam Republik Indonesia pada tahun 1975 dan memecahkan diri pada tahun 1999. Timor Leste berjaya mendapatkan kemerdekaan pada Mei 2002. Apabila negara ini menyertai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2002, negara ini mahu dikenali sebagai Timor Leste (bahasa Portugis)

Sejarah
  • Abad ke-16: Kedatangan kaum Portugis
  • 1902: Pembahagian Timor antara kaum Portugis dan Belanda secara definitif
  • 1975: Timor Portugis ditelantarkan Portugal yang dilanda Revolusi Pokok Bunga Teluki
  • 1976: Bergabung dengan Indonesia, menjadi Wilayah Timor Timur
  • 1976 - 1980: Perang saudara; konon sekitar 100.000 - 250.000 orang tewas
  • 1991: Insiden Santa Cruz
  • 1999: Referendum pemisahan diri Timor Timur dibenarkan presiden B. J. Habibie
  • 1999: Rusuhan besar-besaran antara pro-dan anti-kemerdekaan dan pelarian warga Timor Timur
  • 2002: Terbentuknya negara Timor Leste
  • 2006: pertiga bekas tentera kebangsaan Timor Leste memberontak menuntut keadilan; pecah konflik antara pihak polis yang menyokong kerajaan dengan pihak tentera
Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Timor Leste Ketua Negara Republik Timor Leste adalah seorang presiden, yang dipilih secara langsung dengan dengan masa bakti selama 5 tahun. Walaupun fungsinya hanya seremonial saja, ia juga mempunyai hak veto undang-undang. Perdana Menteri dipilih daripada pemilihan parti dan diangkat / ditunjuk dari parti majoriti sebuah sokongan majoriti.
Sebagai ketua kerajaan, Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri atau Kabinet dalam Kabinet Kerajaan.
Parlimen Timor Leste hanya terdiri dari satu kamar saja dan disebut Parlamento Nacional. Anggotanya dipilih untuk masa jabatan selama lima tahun. Jumlah kerusi di parlimen antara 52 dan 65 tetapi saat ini berjumlah 65. Undang-Undang Dasar Timor Leste berdasarkan perlembagaan Portugal.
Angkatan Bersenjata Timor Leste adalah FALINTIL-FDTL (F-FDTL), sedangkan angkatan kepolisiannya adalah PNTL (Policia Nacional Timor-Leste).





sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Timor_Leste

Tidak ada komentar:

Posting Komentar